e

Friday, May 4, 2012

SAHABAT Hingga Ke Akhirat


Bersahabatlah kerana Allah... :)
Mana tahu, kedua-dua bersahabat dengan iman dan taqwa kepada Allah sehingga masuk ke dalam syurga?
Bersahabat, tidak semestinya dengan kawan sekelas, kawan sepengajian atau kawan sekerja, tetapi boleh juga berkawan dengan si isteri/suami... InsyaAllah... yang penting, teman semasa susah dan senang adalah teman yang sejati dan diredhai Allah... :D

Gambar Scha Berinai + Jangan Lupa Untuk Menyaksikan Majlis Mereka Malam Ini!


Malam ni, Astro Ria (104) akan menyiarkan majlis mereka secara langsung pada pukul 9 malam. Jangan lupa saksikannya!

Gambar Arwah Bob Kuman Bersama Ustaz Azhar Idrus Di Konsert Kabilah Seni/ Marina Island, Lumut Perak 19.2.12



Masa membelek2 album gambar Ustaz Azhar Idrus di Facebook, terjumpa gambar arwah Bob Kuman ni. Di blog Kaki Wayang tadi pun, aku terjumpa gambar yang hampir sama. Alhamdulillah, Bob sempat berjumpa dengan Ustaz Azhar Idrus, sebab sebelum ni arwah ada menelefon Ustaz, yang beliau nak sangat bertemu dengan Ustaz Azhar Idrus. Di bawah ni disertakan video yang aku maksudkan tu.



Bila teringat kat Bob Kuman, sayu je rasa..

Fotografi Vintage Yang Cun!: PRA PERKAHWINAN SCHA & AWAL


Terjumpa gambar2 cun ni kat blog E'raz Fadli semalam.. Koleksi gambar yang selebihnya ada di Oh Bulan. Sebelum ni aku ada tulis entri tentang Fotografi Rozita Che Wan di India untuk majalah Glam dalam mood vintage. Apa tu vintage? Senang kata, suasana klasik ya ng terdapat pada sesuatu gambar tu. Mood ni boleh diperolehi dengan hasil editing, & dengan bantuan suasana, props yang ada di sekeliling.

Apapun, jom baca sedikit pertikan dari Oh Bulan ni:

"Majlis pernikahan Awal & Scha bakal berlangsung di Pullman Putrajaya Lakeside hari ini (4 Mei 2012) dan majlis resepsi pula akan diadakan pada hari Ahad (6 Mei 2012) di Dewan Perdana PICC, Putrajaya.

Untuk pengetahuan anda, majlis perkahwinan Awal Ashaari & Scha Al-Yahya akan disiarkan secara eksklusif melalui siaran Astro Ria. Jadi, sila tukar ke siaran yang sepatutnya supaya anda tidak terlepas untuk menonton majlis pernikahan kedua pasangan selebriti ini."





ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

BEN ASHAARI tanya blogger sapa nak ?




Join jap sebelum g Jumaat

Stok Cokelat Cadburry Untuk Setahun??


Bestnya kalau dapat bawa balik semua ni ke rumah sorang2.. Tapi ini sebenarnya sumbangan dari syarikat confectionery tu untuk murid2 kami di sekolah.. Selain dari cokelat Cadburry ni, ada lagi berkotak2 biskut Oreo.. Hmm.. Macam tak ada lebih je untuk cikgu2.. huhu

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Al Fatihah.. Detik2 Akhir Ketika Bob Kuman Cuba Diselamatkan Oleh Jururawat Peribadi Beliau


Bila dapat berita tentang pemergian arwah Bob Kuman semalam, aku tertanya2 adakah berita kali ini sebuah berita palsu lagi seperti sebelum ini. Tapi dari blog E'raz Fadli, bersumberkan Facebook Mazidul Akmal, aku dapati berita semalam adalah benar. Terasa & terkilan dengan pemergian arwah. Ramai yang tahu kisah sedih & bersimpati dengan pelakon/pelawak ini sepanjang masa beliau jatuh sakit sebelum ini. & bila melihat gambar2 arwah di blog Kaki Wayang, makin terasa sebak.

Apapun mari kita sedekahkan Al Fatihah untuk arwah.. Selama ni, kita mesti pernah terhibur & tertawa dengan lawaknya..

Kredit kepada semua sumber untuk artikel ini.

Nayati Shamelin: RM300,000 Jadi Galang Gantinya

Hati2 & awasilah anak2 anda di luar sana walau di mana jua anda berada. Sindiket ini mungkin masih ada di luar sana. Apapun syukur sangat sebab Nayati telah ditemui.

Nayati bebas selepas tujuh hari diculik




KUALA LUMPUR 3 Mei - Kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar yang dilaporkan diculik ketika berjalan kaki berseorangan ke Sekolah Antarabangsa Mont Kiara pada Jumaat lalu, ditemui selamat di Restoran Jejantas Sungai Buloh di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, dekat sini hari ini.

Difahamkan, Nayati, 12, dibebaskan oleh penculiknya setelah keluarga kanak-kanak itu membayar wang tebusan berjumlah RM300,000 pada tengah hari semalam.

Kanak-kanak malang itu yang dibebaskan dalam keadaan selamat dan tidak dicederakan ditemui oleh seorang wanita, Norzaini Zainul Abidin, 31, di luar tandas kawasan rehat itu kira-kira pukul 7.30 pagi ini.

Nayati yang berjaya menghubungi ibunya dengan bantuan Norzaini telah dipertemukan dengan ibu bapanya di hentian itu (arah utara), kira-kira 25 minit kemudian.

Utusan Malaysia difahamkan, Nayati ditemui oleh Norzaini di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Rawang arah selatan sebelum dibawa ke Restoran Jejantas Sungai Buloh.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, penculik Nayati telah membebaskan kanak-kanak itu setelah keluarganya membayar wang tebusan, namun beliau tidak menyebut jumlah tebusan itu.

"Beberapa hari lalu, penculik telah menghubungi keluarga Nayati meminta mereka membayar wang tebusan dan permintaan itu dipenuhi semalam. Wang tunai itu diserahkan di sebuah kawasan di Cheras.

"Mangsa yang ditinggalkan bersama telefon bimbit milik penculik telah dipertemukan dengan ibu bapanya di Sungai Buloh pada pukul 7.55 pagi ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

Pada Jumaat lalu, Nayati yang berpakaian seragam sekolah dilaporkan hilang dipercayai diculik oleh dua lelaki tempatan ketika berjalan kaki berseorangan ke sekolahnya.

Bapanya yang bekerja sebagai pengurus konsultan, Sham Moodliar, 41, memaklumkan seorang saksi telah melihat anaknya itu ditarik oleh dua lelaki dipercayai warga tempatan menaiki sebuah kereta Proton Gen-2 berwarna hitam.

Kehilangan Nayati mendapat liputan luas media massa dan menarik perhatian ramai pihak yang bimbang terhadap keselamatannya termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melalui Twitternya menyeru orang ramai membantu mengesan kanak-kanak itu.

Mengulas lanjut kes tersebut, Mohmad berkata, polis setakat ini belum dapat memberkas suspek tetapi usaha mengesan mereka sedang giat dilakukan.

"Pihak polis yang cuba sedaya upaya untuk memburu suspek dan menyelesaikan kes penculikan ini.

"Setakat ini, polis belum mengambil keterangan daripada Nayati kerana kanak-kanak itu masih dalam keadaan trauma," katanya sambil memberitahu Nayati sudah dibawa pulang oleh keluarganya.

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN


1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Okay, dah abes bace tu tekan la SHARE! hehe ^_^

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!