e

Saturday, April 21, 2012

I'M STILL ALIVE! 14:10 PM- BOB KUMAN

Siapalah yang mulakan berita palsu ni.. Isk3.. Tak baik la macam ni.. Bila dapat tahu tentang berita ni di FB tadi, aku ambil langkah berhati2, sebab sekarang ni macam2 cerita palsu boleh timbul.. 


KUALA LUMPUR: Khabar angin mengenai kematian pelakon dan pelawak, Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi, 41, yang disebarkan melalui beberapa laman sosial pada Sabtu disahkan palsu.
Rakan baiknya, Mohd Razali Harun, 39, berkata Bob Kuman masih sihat dan kini berada di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara.
"Saya amat kesal dengan penyebaran khabar angin seperti ini dan sedih kerana perkara sebegini terjadi kepada Bob.
"Saya berada di sisi beliau ketika mendapat tahu mengenai khabar angin tersebut dan ingin saya jelaskan di sini bahawa Bob sihat walaupun dibantu alat pernafasan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya tahap kesihatan Bob kini sentiasa dipantau oleh pembantu perubatan di rumahnya.
Seorang rakan artis, Richie Rachman ketika dihubungi berkata, perbuatan menyebarkan berita palsu seperti ini merupakan satu perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab.
"Soal hidup dan mati memang tidak boleh dibuat main-main tidak kira sama ada artis ataupun orang biasa dan perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku," katanya. - BERNAMA

Jom Join Bloglist Mieya Atiera


Jom join bloglist Mieya~ Pada yang berminat, klik banner di atas ;)
Selain meningkatan trafik, boleh lah berkenalan dengan blogger baru, kan?

Fotografi Efek BOKEH Yang COOL!

Bokeh sebenarnya adalah bahasa Jepun yang bermaksud 'kabur'. Dalam fotografi, kesan kabur ini biasanya terhasil di luar titik fokus/di belakang (& boleh jadi juga di depan) objek yang menjadi fokus dalam sesuatu gambar. Dalam contoh-contoh di bawah, lampu yang berwarna-warni nampak menarik bila mendapat sentuhan efek bokeh ni..









Kredit

Selagi Belum Halal..


comey jek karikatur nih..

MP3 30 TAHUN SEARCH (Limited Edition)



The unique feature of this MP3 player is that it is not only nostalgically shaped like a cassette it can also be played as a tape cassette!! Comes in a limited edition box that can be displayed, a 4gig SD card, battery charger, earphones, USB cable and a booklet. This is your opportunity to own a piece of Malaysian rock history!! First 300 buyers will receive a surprise so hurry and get yours now. Limited to 5000 units only.


MP3 30 Tahun Search laris

SEARCH mahu kembali ke pentas konsert mega sekiranya ada penaja.


SEBAGAIMANA mereka telah mencetus fenomena sewaktu kemunculan awal pada tahun 80-an, aura yang dibawa grup Search tidak pernah pudar. Jika sebelum ini grup yang dianggotai oleh Amy (vokal), Kid (gitar), Din (gitar), Nasir (bass) dan Yazit (dram) terus dipuja kerana untaian lagu malar segar yang sentiasa hidup, Search kini meneruskan fenomena mereka apabila muncul dengan MP3 30 Tahun Search yang merupakan julung-julung kali dibuat oleh artis Malaysia.
Selepas lima hari grup legenda Search melancarkan penjualan eksklusif MP3 30 Tahun Search sempena sambutan ulang tahun ke-30 mereka, ia telah mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.
Mengandungi sebanyak 101 buah lagu dan dijual pada harga RM303 secara atas talian di http://fenomenasearch.com/mp3, MP3 tersebut kini telah terjual sebanyak 3,000 unit.
"Kami tidak menyangka ia akan terjual laris dengan cepat. Malah, selepas dua jam dilancarkan pada hari Isnin lalu, ia telah terjual sebanyak 400 unit. Ia satu perkembangan yang positif kerana MP3 ini hanya dijual menerusi laman web kami tanpa dijual di mana-mana kedai muzik," ujar vokalis Seacrh, Amy penuh teruja.
Tambah mengujakan Amy apabila kurang tempoh seminggu, ia telah terjual sebanyak 3,000 unit dan baki unit yang tinggal 2,000 unit sahaja. Sementelah ia hanya dijual untuk pasaran Malaysia sahaja.
Ujarnya: "MP3 30 tahun Search ini hanya diterbitkan sebanyak 5,000 unit kerana ia eksklusif. Namun jika permintaan terus menggalakkan, barangkali kami akan membuat cetakan kedua, namun ia bukan dalam masa terdekat ini kerana mahu menjaga nilai eksklusif yang diberikan kepada 5,000 pembeli utama kami."
Bercakap tentang penghasilan MP3 tersebut, kata Amy, ia telah dirancang sejak November tahun lalu bersama penerbitnya, Adi Mus Putra Mustafa dari Hoorey Marketing Sd. Bhd.
Membuat pemilihan 101 lagu bersama-sama yang merangkumi hampir semua lagu hit mereka yang diambil daripada album pertama, Cinta Buatan Malaysia sehingga yang terkini, Gothic Malam Edan, penghasilan MP3 yang turut mengandungi temu bual bersama anggota Search serta komposer yang telah menaikkan nama mereka hasil ciptaan untaian lagu hebatnya iaitu Datuk M. Nasir itu memberi signifikan tersendiri buat Search.
Menurut Amy, jika kebanyakan artis akan meraikan ulang tahun pembabitan mereka sebagai anak seni dengan mengadakan konsert, Search memilih untuk muncul dengan MP3 supaya ia mencipta keunikan tersendiri selain mahu para peminat mereka menyimpan satu item yang boleh dijadikan koleksi.
"Memang kami tak nafikan Search juga muncul dengan konsert sempena 30 tahun penubuhan kami pada tahun lalu, namun selepas bertemu Adi Mus yang mengusulkan untuk melahirkan satu item seperti MP3, kami terus bersetuju.
"Ini kerana selain ia pertama kali dibuat di Malaysia, saya melihat ia sebagai sesuatu yang unik dan boleh menjadi koleksi terbaik peminat kami, sesuai dengan usia 30 tahun Search itu sendiri," katanya yang telah merakamkan semula lagu Kejoraku Bersatu untuk dimuatkan di dalam MP3 tersebut.
Ditanya selain MP3, apa perancangan lain sempena 30 tahun meraikan ulang tahun penubuhan mereka, Amy memberitahu Search tidak mempunyai perancangan khusus seperti mengadakan konsert.
Bagaimanapun dia tidak menolak kemungkinan Search akan kembali membikin konsert seandainya ada penaja yang serius untuk mahukan mereka beraksi di atas pentas.  

Adik aku nyer