e

Monday, March 26, 2012

Terasa CUN pulak lepas pakai mask!

Dah macam alien workshop.. haha


Lepas solat maghrib tadi, aku terpandang sepeket beuty mask kat atas katil. Dah lama aku biarkan kat situ tak pakai2. Tibe2 rasa nak try lak.. Tapi bukanlah yang bertempek mcm gambar kat atas tu.. Pada sesiapa yang pernah guna, korang mesti tahu yg macam topeng kertas lembap tu.. Haa yang tu lah. Kawan aku tak nak pakai, jadi dia bagi kat aku..

Aku lekap kat muka dalam 15 minit.. Pastu, aku tengok hasilnye kat cermin.. Pergghhh... Berkilat2 muka aku.. Cam cun je.. Haha..

Pernah gak aku pakai mask hitam macam arang.. Leceh betul nak tempek benda lekit2 tu kat muka.. Kawan aku gak lah ni.. Katanya sakit nak guna, al maklumlah perempuan, kulit halus, time mengupas balik mask yg melekat kuat tu kat muka mungkin sakitnya mcm malaikat maut merentap nyawa kot.. langsung diberikan kat aku walaupun masih banyak yg tersisa dalam tiub tu.. haiihhh..


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Mereka Pengasas Jenama Sukan Terkenal Dunia!


Entri kali ni didatangkan dalam versi hitam putih, bagi mengenang orang-orang lama (taiko) yang merupakan pengasas kepada industri barangan sukan yang terkenal di dunia ni. Mungkin ada jenama kesukaan korang dalam entri Zam kali ni, jadi jom kita tengok siapakah mereka yang berjasa di sebalik gaya, mutu & keunggulan jenama-jenama ini.


Adolf “Adi” Dassler, Jerman
ADIDAS
(November 5th 1900 – September 6, 1978)



Rudolf Dassler (Abang Adolf Dassler)
PUMA
(26 March 1898 - 27 October 1974)

Baru aku tahu ADIDAS & PUMA ni "adik beradik"


Bill Bowerman’s
NIKE
February 19, 1911 – December 24, 1999



Rihachi Mizuno
MIZUNO


Mereka semua adalah antara yang terawal berjaya dalam bidang perniagaan barangan sukan. Seterusnya, jenama-jenama lain muncul di bawah tajaan jenama2 besar ini. Contohnya Reebok di bawah tajaan Adidas & begitu juga dengan UMBRO di bawah tajaan Nike.

Info: Wikipedia, Google


Apepun bagi Zam, ADIDAS menjadi pilihan NO.1!

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

9 Tips menjadi Wanita Cantik


Berikut adalah 9 Tips menjadi Wanita Cantik:

1) Jadikanlah ghadul bashar (menundukkan pandangan) sebagai celak bagi kedua belah alis mata kalian. InsyaALLAH, pandangan visual kalian akan menjadi makin jernih dan bening.

2) Oleskanlah lipstik kejujuran dan kebenaran (alhaq) pada ulasan bibir delima kalian. InsyaALLAH, ukiran senyuman kalian akan bertambah manis dan dihargai sesama.

3) Bedakkanlah raut wajah kalian dengan kosmetik yang berasaskan malu dan keadaban. InsyaALLAH, kesederhanaan lahiriah yang kalian biaskan itu akan menyejukkan mata yang memandang.

4) Lumurkanlah sabun istighfar ke sepelusuk anggota badan kalian. InsyaALLAH, ia boleh mengikis daki kotoran dosa dan kesalahan yang telah kalian lakukan.

5) Rawatkanlah rambut kalian dengan hijab ISLAMI. InsyaALLAH, ia akan menyelimuti azaraul jasad sang hawa daripada menjadi mangsa kerakusan insan yang terlepas daripada tambatan keimanannya.

6) Sarungkanlah kedua-dua belah tangan kalian dengan gelang sedekah dan jari-jemari kalian dengan cincin ukhuwwah Islamiyyah. InsyaALLAH, kelak kalian akan temui warga Solehin yang nilaiannya melangkaui segunung emas permata.

7) Alunkanlah kemerduan dan kesyahduan suara kalian dengan tilawatul Quran dan zikrullah. InsyaALLAH, berkat kekhusyukan dan penghayatan, hulwatul Iman akan dikecapi roh kalian sebagaimana lidah merasakan kemanisan makanan.

8) Luruskanlah postur tubuh badan kalian dengan ketulusan dalam menunaikan solat dan pengibadatan kepada Yang ESA. InsyaALLAH, takkan DIA persia-siakan keikhlasan atau keikhlasan atau keistiqomahan kalian dalam mencari keredhaan-NYA.

9) Hembuskanlah nafas taabud wa taqarrub ilaALLAH S.W.T. ke dalam roh dan sanubari kalian. InsyaALLAH, selama itu takkan kalian rasaiketandusan kasih sayang maupun kegelisahandalam kehidupan.

KREDIT: PAKAR CINTA



ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Sedihnya Kalau Macam Ni..


Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."

sumber: PRESIDEN CINTA


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!