e

Monday, January 30, 2012

speechless

...
err.. selama ni ni hidup zaman batu kot..

Segmen "Aku & Novel"

Klik banner di atas untuk maklumat lanjut. Tarikh tutup 31 Januari 2012

Sejak hari pertama Cik Farah Alias anjurkan segmen ni, aku dah tergerak hati nak sertai, tp akhirnya dah dekat tarikh tutup baru aku terkial2 mencari bahan. Okeh. Jadi inilah antara novel2 yang menjadi kesukaan aku:-

1. Seorang Tua Di Kaki Gunung


Tengok dr kulit luarnya, pasti ramai yg tahu ini sebuah novel lama. Yup. Ia sebuah novel klasik, & aku mula membacanya sejak aku berada di sekolah rendah. Entah dari gobok usang mana aku menjumpainya waktu itu, & kalau tak silap aku novel ni pernah menjadi teks wajib sastera Tingkatan Lima +- 20 tahun lepas. Mungkin ia kepunyaan mak su aku ketika dia masih bersekolah menengah dulu

2. Sehabis Bicara Cinta


Ini pula sebuah novel grafik adaptasi dari sebuah filem Jepun yang aku baca masa kat kolej dulu. Pernah juga muncul dalam bentuk drama bersiri & novel. Giler ah. Ending dia buat aku tangkap nangis. Tragik giler. & sebab novel ni lah, aku mula suka amik gambar awan & langit.. (header blog tu, pengaruh dr novel ni le..) Untuk info, korang leh taip tajuk asal novel ni- Sekai No Chuushin De, Ai Wo Sakebu/Crying out Love, in the Centre of the World.

3. Ayat Ayat Cinta


& yang terakhir untuk diriview, novel Ayat Ayat Cinta ni. Sesuai dengan komentar yang ditulis- Novel Pembangun Jiwa- mmg sangat2 memberi kesan di hati aku. Gaya penulisannya penuh hikmah. Filem & lagu temanya pun best.

Thats all for now ;) Thanks for reading :))

'Jom Berkenalan dengan Sahabat Blogger'

Terjumpa rakan blogger ku Cik Arra & Mr. E'raz Fadli join segmen ni, jd aku pun nak join gak. Segmen nye senang aje, tak perlu tag sesiapa. Jadi pada rakan2 semua, jom kita join segmen ni ye ;) Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut.


Okeh. Nak introduce sikit ttg diri saya:-
"Salam kenal buat rakan2 blogger di luar sana. Saya Ahmad Muhibbuddin Zamani, seorang guru pendidikan khas yg mengajar murid2 bermasalah penglihatan di Kuching. Berasal dr Kelantan, & membesar di Selangor. Sangat meminati bidang fotografi, tp masih tahap seorang amatur. Apepun~ Dozo yoroshiku! ;)

Akhirnya penempatan universiti ku diketahui..



Hari ni, semakan penempatan untuk PPG dah keluar di laman web MOE. Dengan perasaan yg tak berdebar mana, aku menunggu keputusan terpapar di skrin komputer. Harapan aku cuma satu- harap2 dapat lah bidang & penempatan yang aku nak. Tapi apa yang aku dapat tahu lepas tu mmg mengejutkan. USM? Tak pernah pun terlintas di fikiran aku akan ke sana. Permohonan aku selama ini hanyalah OUM. Melihatkan bidang yg ditawarkan, membuatkan mata aku terbelalak sekejap. Bahasa Inggeris?? Jauh betul dr bidang yg aku mohonkan~ Pendidikan Khas. Kaget sekejap dgn apa yg dilihat di skrin. Macam tak percaya..

Aku tak dapat apa yang aku pinta dlm doa ku sebelum ini. Selama ini, aku cuma mahukan OUM kerana aku rasakan mode kelasnya fleksibel. Tapi secara positif, aku anggap Tuhan lebih tahu yg terbaik untuk aku. Pasti ada hikmahnya. Redha saja dengan ketentuannya. Apapun alhamdulillah, aku masih tak perlu bersusah pergi ke luar negeri untuk mengikuti kelas.. Fuhh