e

Saturday, January 28, 2012

Melompat Lebih Tinggi

-DO RE MI-

Nama mereke bukanlah DO RE MI mcm citer P.Ramlee tu.. aku bg tajuk tu kat gambar ni sbb lompatan mereka sama seperti naiknya nada dalam tone muzik, makin lama makin tinggi- DO RE MI.. setuju? hehe)

Korang pernah dengar lagu Melompat Lebih Tinggi dr Sheila On 7? Aku suka hayati lirik2 lagu yang mempunyai makna mendalam seperti ini (^^,) Apapun, kpd semua pembaca, ceriakan hari mu!

MELOMPAT LEBIH TINGGI

Kita berlari dan teruskan bernyanyi
Kita buka lebar pelukan mentari
Bila ku terjatuh nanti, kau siap mengangkat aku lebih tinggi
Seperti pedih yang telah kita bagi
Layaknya luka yang telah terobati
Bila kita jatuh nanti... kita siap 'tuk melompat lebih tinggi
Bersama kita bagai hutan dan hujan
Aku ada kar'na engkau telah tercipta

Kupetik bintang, untuk kau simpan
Cahayanya tenang, berikan kau perlindungan
Sebagai pengingat teman
Juga s'bagai jawaban
Semua tantangan

Sebelum waktu memisahkan detikku, detikmu
Sebelum dewasa, menua, memisahkan kita,
Degupan jantung kita akan s'lalu seirama
Bila kau rindu aku

CATurday Mood (er.. also known as Saturday.. hehe)

Nota: Aku dah lama tak panggil Sabtu tu Saturday.. heh2

Aku sukakan mood Caturday, setiap kali bangun pagi, rasa rileks & menenangkan je. Kalau boleh nak tidur je merehatkan badan selepas penat bekerja 5 hari. Aku anggap itu terapi. Berbeza pula dgn hari Ahad.. Bagi aku mood hari Ahad tak sebest hari Sabtu ni. Nak keluar jalan2 hari Ahad pun tak ada mood. Korang lak rasa macam mana?

Cakap pasal jalan2, jom! Kita keluar jalan2 ambil angin di pagi Sabtu neh!

Eh eh.. Tak tidur lagi ke?


Dah dah.. G tidur ae.. Amik bebear busuk ni sorang satu buat peneman tidur.. Sambung esok blogwalking ae.. PeACe