e

Thursday, August 27, 2009

Hari Pertama Di Bazaar Ramadhan Taman Sri Serdang

26 Ogos 2009
Rabu

Akhirnya dapat juga berbuka puasa dengan keluarga! Hari ni aku ke bazaar membeli juadah kegemaran aku- Gulai Lemak Ikan Keli Salai (itupun lepas ternampak Ustad Rahim membelinya) dan juga kuih Akok. Kebiasaannya ayah akan membeli akok dari rakannya yang aku kenali dengan pangilan Pak Cik Ali sejak kecil lagi.



Lama tak nampak Pak Cik Ali, nampak lain sangat (yelah dah lama aku tak jumpa dia, kan)



Akok ni dijual dengan harga RM2 untuk 5 keping. Hari ni aku beli RM4. Ni le kuih faveret aku. Lagipun akok Pak Cik Ali memang sedap, saling tak ubah mcm yg aku biasa makan di Kelantan.



Kalau tak silap aku, di sini cuma Pak Cik Ali saja yang menggunakan dapur besar tu. Kalau ada sesiapa yang nak cari Pak Cik Ali, senanglah.



Ni jiran kami, meniaga agar2, puding, popia pedas & popia basah. Teringat aku kat Mazlina, dia suka sangat agar2.

Kemudian kami ke KL, amik adik yang mengikuti bengkel SPM di sana. Hmm langit mendung, hujan lebat lah pas ni..



Teringat Sogo.. Tetibe rasa nak shopping lah.. ada sale sekarang nih.. Ada masa nanti, waktu pagi, aku nak g lah sebelum balik Kuching. Sekarang ni petang2 kat sini mesti hujan.



Dah hujan pun.. Sampai Serdang, hujan makin lebat. Tapi aku ke bazaar Ramadhan sekali lagi, mencari Gulai Lemak Ikan Keli Salai. Tadi sebelum ke KL aku dah beli seekor, mana tau adik aku nak makan gak. Aku rasa macam tak cukup je seekor, jadi aku pergilah mencari seekor lagi. Tapi tak ada rezeki, lauk tu dah habis..



Rindunya Kuala Lumpur.. teringat kat kawan2 semaktab dulu bila time puasa..

KEPUTUSAN DRASTIK!! AKU NAK BALIK KL HARI NI GAK!!

25 Ogos 2009
Selasa

Aku baru balik dari Sabah Ahad lepas, dan pagi ni aku menduduki PTK di Kuching. Mood aku sedikit terganggu hari ni, dek roadblock yang dibuat oleh anjing2 jiranku yg berkumpul di depan rumah pagi tadi. Hadoila~

Sampai di pusat peperiksaan, aku nampak Abg Syam tengah berborak dgn Ch'ng & Kak Nor. Ok lah, ada geng berborak sebelum masuk ke dlm dewan. Masa tulah, Abg Syam bagitau kat aku lepas PTK ni dia balik ke KL... Tiba2!

Aku dapat idea bernas!

Mengenangkan bosan duduk seorang di Kuching time bulan puasa ni..

Cuti sekolah yang masih panjang lagi..

dan anjing2 jiranku pagi tadi....

AKU NAK BALIK!! PETANG NI GAK!!

Aku buat keputusan untuk cari tiket murah. Kalau ada, aku chow petang ni gak. Mana tahan, kawan2 semua balik berbuka dengan family, aku?? Duduk seorang diri tak terurus kat Kuching ni.. Tak kira! Aku dah nekad nak balik!!

Yeyyy~!!


Sampai pun~ jap lagi dah nak masuk waktu berbuka :)


Sempat gak belikan Ultraman untuk Amirul tadi