e

Saturday, August 15, 2009

Aku ingin menjadi bunga..




Seperti kelopak bunga yang gugur berderaian, pertemuan kita bagaikan suatu mimpi

Kita saling mencintai, & membenci, (namun) kita dapat mengharunginya bersama

Dan sekiranya aku dilahirkan semula, aku ingin kembali sebagai bunga yang berkembang di sisi mu..


Mentari yang memayungi kita, adakah ia akan sentiasa berada di sana, selamanya?

Ekspresi wajahmu, tangismu, ketawamu & amarahmu, adakah aku dapat melindunginya, selamanya?

Jika semua itu akan pudar suatu hari nanti, seharusnya kini aku menghargai dirimu dengan lebih lagi

Di ketika itu, keajaiban akan menjelma kembali


Ku temui kekuatan dengan mencintai dirimu

Ku rintangi halangan dengan mempercayai cintamu

Perkara yg kau tingalkan masih disimpan dalam hatiku, dan lihatlah, tanpa tidak menghilangkan sinarnya..


Aku dirahmati dengan kehadiranmu

Kerana mengembalikan senyumanku

Aku akan meneruskan perjalanan, dgn menggenggam erat perasaan berterima kasih ini


Mengapa, bunga kan layu ?

Mengapa, unggas berterbangan pergi?

Mengapa, angin berpuput lembut?

Mengapa, bulan melimpahkan sinarnya?


"Kenapa aku berada disini?"

"Kenapa engkau berada disini?"

"Kenapa kita bertemu?"

- Bertemu denganmu adalah takdirku


Setelah hujan dan cahaya yang lahir dari ribut biru menjadi pelangi di angkasa, aku menyedari betapa pentingnya untuk mencintai

Bolehkah aku terus mengharunginya?

Aku dpt melihatnya kini, cinta kita bergema selamanya

Kegembiraan mu, kepedihan kesedihan dan segalanya tentang diri mu

biarkanlah ia berkembang sepenuhnya, lagi, dan lagi..

KURANG ASAMMMMMMMM KO SYEDDD!!!!



KAWEN TAK BAGITAU AKUUU!!

Alkisahnya, pagi ni, mase tengah buat rujukan kat blog sekolah2 pendidikan khas, aku tertengok satu entri ni kat blog skpk Princess Elizabeth -"TAHNIAH CIKGU SYED". Mulanya aku tak pandang langsung wajah pengantin sbb sibuk mengecam muka kakak2 kat belakang tu.. manalah tahu kot2 yg berdiri kat belakang tu senior2 aku.. Bagai eletrik yg menyentap, tiba2 aku baru teringat kawan aku Syed yang mengajar kat sekolah tu. Cepat2 aku alihkan pandangan kat muka pengantin lelaki..

"KURANG ASAMMMMMMMM @*%$#@5^*&^!#?/@#$%*!!!!!!''

Tersentap aku
Tak pasal2 pagi ni aku dah menyumpah seranah orang