e

Monday, December 22, 2008

22 DISEMBER 2008- 誕生日お めでとう, ALONG!!


Haa
Kenal tak Abg Hensem ala-ala model Jepun kat atas ni?
Dia ialah Mr. Stitch @ Iras @ Fadli @ ALONG
Top Model di Agensi Modeling Kami
Nak berkenalan dgn dia,
boleh hubungi Mrs. Manager- Mama Cutipie ;)
=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=*=
H e h e
Sorry Along ;P
Saje je Angah nak usik
Apepun Along dah 25 tahun ni
Tapi
Masih Mude & Smart lg
Jadi Angah nak Wish
((((((, A L O N G!!))))))
(S e l a m a t H a r i J a d i , A l o n g ! ! )
Sorrylah Angah cakap Jepun
Saje nak bagi kelainan tahun ni
Lagipun mesti takde org penah wish Along mcm ni kan?
Angah 1st kan?
H a h a
Apepun
Semoga Along SUKSESS SELALU!!
a m i n

Singgah Terengganu & Balik Kelantan

Sabtu 20.12.2008

Kami bertolak ke Terengganu pagi ni. Dgn keadaan sakit perut sjk smlm (sbb mkn bnyk sgt sate Khamis lps h u h u) aku betul2 tersiksa d spnjg prjalanan. Naseb tak teruk sgt. Kami berhenti skjp d stesen Pertronas Karak utk beli minuman dan Mr. Potato.. and time tu lah Amirul buat lg perangainya. Di amik nye dua kotak permainan dr satu sudut & minta kakak ku membelinya. 1 Power Rangers. 1 lagi robot. Kakak ku masuk semula ke kereta stlh mmbayar harga minuman, & aku pula sambung melayan kerenah Amirul. Aku letak kembali robot tu di tempatnya, kataku 1 sudah cukup.

Aku bw dia ke kaunter bersama mainan Power Rangers, konon2 nak membayarnya. Mainan buatan China dgn harga RM15.90- siapa nak beli? Di luar aku rasa harganya tidak sampai RM10. Kemudian abg iparku dtg, lalu ku minta dia mbawa Amirul ke kereta. Tp Amirul semacam tahu taktik tu. Dia tak kemana2 selagi aku tak membayarkan mainan itu, wlaupun puas dipujuk oleh abg iparku utk ke kereta. Kemudian dia berlari keliling kaunter. Aduss, parah ni. . plan tak menjadi. . lebih parah apabila dia berjaya mengambil mainan itu dan enggan memberikannya lg kpd aku, sambil mengajak abg iparku keluar dr kedai. . h u h u mahu tak mahu terpaksalah aku membayarnye. . aku tak kisah belikan mainan utk dia, kalau sepadan dgn harganya. . Dlm kereta, kakak aku bayar balik duit aku.

Sepanjang perjalanan, sambil melayan kerenah Amirul di tempat duduk belakang, aku sempat ambil beberapa gambar. Lebih2 lg di Paka dan pesisir Pantai Marang. Cantek.




Petang itu, aku sampai ke rumak Pak Cik ku di Kuartes Balai Polis Chendering. Kami tumpang bermalam di rumahnya. Malam, kami semua ke rumah keluarga kakak ipar ku di Bukit Tunggal. Makan malam d sana. Menu- gulai ayam kampung ngang ikang. Syiok!

Ahad 21.12.2008

Pagi2 lagi aku & keluarga kakak ku ke Taman Rekreasi Batu Burok. Ibu dan ayahku tinggal di rumah. Plan nak ke pantai mulanya, tp bila Amirul ternampak taman permainan, dia terus berlari ke sana. Tak jauh pun. Sebelah2 je. Masa tu tak ramai pengunjung. Aku berlari ke sana ke mari mengejar Amirul yg galak mencuba gelongsor2 yg ada di situ. Adik perempuan ku yg turut sama mengejar angkat tangan. Semput. Kadang2 aku terpaksa heret tangan Amirul spjg berada di sana. Aktif sgt.
.





Kemudian kami ke tepi pantai. Bawa Amirul dan Amirah bermain air. Rupanya Amirul takutkan ombak. Bising betul dia bila ombak hanyutkan seliparnya. Mujur dpt di ambil sblm ombak menghanyutkan ke tengah.
Plan seterusnye ke Maidin Kuala Terengganu. Ntah mcm mn aku boleh terlupa jalan nak kesana. Cancel. Kami patah balik ke gerai makan di Batu Burok semula. Cuma aku yg memesan Nasi Dagang di gerai Kak Pah no. 30, itupun bungkus memandangkan mereka cuma mahu makan Ais Krim Goreng. Kami ke gerai lain, & aku memesan 4 Ais Krim Goreng, 1 Coke Float, 2 Milo Peng, 1 ABC. . tak lupe jugak adik ku yg memesan sepinggan kerang rebus. Dia punya feveret lah tu. Bila dah hampir selesai mkn, aku lihat 2 ketul Ais Krim Goreng tak termakan. Tak mahu membazir, kucuba habiskan jugak, walaupun tekak terasa muak. Pagi itu aku betul2 dah terlebih makan . . .

Selesai makan, abg ipar ku pulang ke rumah pak cik ku, sementara aku dan adikku mengikut ayah yg datang mengambil kami di Batu Burok. Kami ke Pasar Payang- tempat shopping yang paling aku suka kat Terengganu nih! Macam2 ada
.
Jeti ke Seberang Takir berhampiran Pasar Payang
.
Antara barangan yg boleh di dapati di Pasar Payang.
Aku bawa keluargaku ke kedai pakaian milik rakanku, PP 37 TZ Sokmo. Macam biase dia bg kami harga istimewa.
.
Kedai pakaian Cikgu Roslaily & Suaminya

Macam2 yg kami beli. Aku sendiri beli 2 helai kain sarong batik Terengganu, cantekkkkk sgt. 1 warna hijau untuk nenek ku di Kelantan, dan 1 lg warna pink- yg ini aku sendiri tak tahu nk bg siape, sbb chantek sgt aku beli je lah. Tengoklah, kot2 aku jumpe awek chantek aku bagilah kat dia h e h e.
.

.
.
.
Kedai Batik Shahira

Last sekali g bahagian bawah, tempat jual makanan. Kalau sampai Terengganu biasanya aku beli celagi manis (asam jawa), biji ketereh (kacang gajus), dodol daun palas, & keropok sira pedas.
.

Lepas shopping, kami terus pulang ke rumah pak cik. Waktu mkn tengah hari, aku tak dapat mkn banyak sbb kekenyangan ais krim goreng walaupun menu paling best hari tu udang masak gulai lemak. Lepas makan, terus kami pulang ke Kelantan.

19.12. .

Jumaat. 19.12.2008

Pagi2 lagi Amirul dah kecoh. Maklumlah jap lg Cik Long-kawan kakak akn ambil & hantar diorang ke nurseri di tempat kakak ku bekerja di Putra Jaya. Sambil menunggu tu, sempat dia dgn beg pakaiannya beraksi kat dpn laman rumah. Amboi kemain lagi dgn lagaknye mcm Naruto dah aku tengok.. sesekali aku tergelak tengok lagaknye mcm penari ballet. . Terlompat sana terlompat sini dgn buku Ultraman yg aku berikan pdnya dulu. Bila Cik long sampai, mcm biasa Mak Cik Gayah yg tumpang Cik Long ke Putra Jaya akn turun sambut Amirul naik kereta. Amboi berbulu mata aku tengok Amirul mintak Mak Cik Gayah tunduk sbb Amirul nak sayang (cium) pipi dia. Aku Ayah Ngah dia sendiri dia tak cium pun pagi tu! Hampeeesss!!


ninja kampung konoha
.


ballet mode

18.12 . . Pay Day

Khamis. 18.12. 2008

Hari ini gaji masuk. Mcm biasa aku tak lah se xcited mana. Agak lewat juga hari tu aku check gaji ku melalui Maybank2u. . ye lah dpt gaji pun tolak sana tolak sini masuk sana masuk sini berape je yg tinggal ye dak. . Tetibe aku terkejut tengok angka gajiku bulan ini. Mak datuk banyak nye! Baru aku teringat, itu duit tunggakan elaun aku mengajar Sains & Matematik selama 3 tahun sblm ni. Aku ingatkan aku dah tak dpt duit tu tahun ni. Syukurrrrr bangat \($0$)/

Aku tengok jam d dinding. . kul 1 lebih. . . kukira masih sempat untuk aku ke bank, mengeluarkan kesemua tunggakan utk disimpan dlm ASB. Lagipun kalau tak silap perkiraan ku hari ni hari terakhir utk semua urusan di kaunter ASB. Makin banyak aku simpan, makin banyak le dividen nti. Nasib baik ASB tetapkan tarikh tutup esok 19hb. Diorang nk bg can kakitangan kerajaan buat penyimpanan terakhir lah tu. H e h e. Sebelum ke bank, kubuat dulu perkiraan perbelanjaan ku utk bulan ini. Bonus tahun ini ku buat byr hutang kad kredit sewaktu mmbeli kamera dlu. Selesai, aku ke bank pula.

Di bank, aku keluarkan sdkit duit dr tungakan yg ku terima. Niat ku , belanja family makan sate! Jadinya, petang itu juga kami ke Kajang. Aku pesan sate ayam, sate perut, sate arnab & sate rusa. Sebenarnya aku yg mengidam sate rusa & arnab tu sbb tak penah rase. Petang itu aku makan 25% dr bilangan sate yg ade bersama family ku seramai 8 org lg h e h e terlebih sudah XD

Lama tak datang sini. . .

Kadang2 terpikir gak, dr asyik mkn KFC, elok
gak pekena sate. Sedap ape?!