e

Sunday, December 24, 2017

Nasib Si Jurukamera

Biasa dah kan, bila buat kerja sebagai jurugambar ni, sibuk ambil gambar orang, tapi gambar sendiri tak ada. Last2, gambar dari belakang macam ni je ada. Haha jadlah dari tak ada langsung.



Sunday, November 27, 2016

Sebelum Melangkah Keluar Dari Alam Persekolahan

21 November- Itu tarikh terakhir untuk 8 orang murid Zam menduduki SPM bagi tahun 2016. Tahun 2011 dulu, Zam mengajar mereka subjek Sains untuk UPSR, dan hari ni mereka mengambil kertas terakhir untuk SPM mereka- Sains. Sebelum mereka melangkah keluar dari alam persekolahan, Zam ambil kesempatan untuk bergambar bersama. Lepas ni tak tahu lagi bila dapat berjumpa.



Mungkin pembaca pun ada kenangan yang diingati sewaktu hari terakhir SPM dulu?

Friday, November 25, 2016

Jualan BLACK FRIDAY Di UNIQLO

Jualan BLACK FRIDAY Di UNIQLO

Assalamualaikum readers.

Bersempena Black Friday ini, Uniqlo.com telah membariskan beberapa item yang boleh didapati pada harga yang lebih murah berbanding harga- harga yang terdapat di butik mereka. Tumpuan utama diberikan kepada pakaian seperti jaket dan parka yang boleh digayakan mengikut keperluan mereka yang akan melancong keluar negara ketika musim sejuk ini.



Jualan Black Friday di butik atas talian Uniqlo ini akan berlangsung selama 3 hari bermula hari ini- Jumaat 25 November sehingga Ahad 27 November 2016. Jadi pada mereka yang ingin mencari pakaian yang bersesuaian ketika melancong ke luar negara semasa musim sejuk ini, bolehlah melayari http://www.uniqlo.com/my/store/